Feb

Arts & Crafts: Ori-Money


Kali ini, kami akan meneroka beberapa wang berbentuk haiwan purba melalui lipatan kertas yang menyeronokkan (origami).

Art Dialogue: The Originality and Support System of Printmaking


Woodcut Workshop: by Jerome Manjat

Clay Craft - Unusual-Shaped Money

Finger Print - Animals & Flower

Arts & Crafts - Clay Craft

Si Kijang Treasure Race

Si Kijang is going on a treasure race! Help Si Kijang to unfold clues to win the race as it explores BNM Museum and Art Gallery and the neighbours, Memorial Negarawan and Memorial Tun Hussein Onn. Find out how we are connected to the events, people and things displayed in these three venues.
Prizes awaiting the winning teams!

Wax Batik Painting For Kids!

Celebrate this weekend with junior artist getting creative with batik painting! A simple yet fun activity for families, let's have fun mixing vibrant colours and painting it on Malasian-themed wax designs. Frame and hang your Batik artwork on your wall!

Jun

Unusual Shaped Money

Arts & Crafts Weekend

Jun

Alice in The Antipathies

Alice in the Antipathies is an inter-medial, inter-cultural, postcolonial performance text, loosely based on Alice in Wonderland. Victoire is a visual artist, curator, writer who works from Cairns, Far North Queensland. She developed this narrative to uncover the struggle vencountered by the Asian diaspora to reconcile identity. By plundering the imagery and text of Alice in Wonderland, Victoire covertly raises human rights issues such as migration, settlement, difference, discrimination, women's rights, and challenges the power of language to create awareness in her practice.

In this talk, Victoire demonstrates how an artist can use the printmaking and a variety of cross-cultural elements, visual imagery, sound, dance and smell in order to find a sense of belonging and to acknowledge her Asian and Australian influences using memories.

Come join us in this intriguing talk by Dr. Sasi Victoire!

Mac

Mereka Corak Kemeja-T Ikat Celup

Adakah anda mencari cara yang menarik untuk menceriakan kemeja-t kosong lama anda? Anda ingin mempelajari kemahiran baru serta teknik-teknik asas batik ikat celup?

Jan

Rakyat Biasa Pada Hari Merdeka

Adakah anda mengenali Malaysia? Menyingkap semula sejarah, negara ini telah mencapai kemerdekaan sejak 60 tahun yang lalu. Tetapi, adakah kita memahami erti Kemerdekaan yang sebenar? British telah menjajah tanah air kita terlalu lama. Bagaimanakah pelbagai etnik di Tanah Melayu ketika itu menghadapi perubahan politik yang berlaku? Adakah perkara ini dibincangkan atau diperdebatkan di kalangan masyarakat? Pernahkah subjek ini dikupas di medan ilmiah?

Banyak persoalan yang masih belum terjawab. Untuk menjawab segala persoalan, kami menjemput seorang tokoh sejarah yang melalui zaman tersebut - Tan Sri Khoo Kay Kim, Profesor Sejarah Malaysia, Universiti Malaysia. Sertai kami untuk mendengar penjelasan Prof. Khoo sama ada kemerdekaan ini meninggalkan kesan dalam kehidupan harian rakyat atau tidak.

Zentangle (medium yang berbeza)

Selain kertas seni berbentuk jubin, seni Zentangle juga boleh dilukis pada media yang berbeza. Bengkel ini akan mengajar para peserta cara menghasilkan corak Zentangle pada dompet kain. Set corak asas yang berlainan akan diajar dan peserta-peserta dapat membawa pulang dompet duit syiling Zentangle yang direka sendiri. Bahan-bahan akan disediakan.


Seni Batu Keunikan Malaysia

Tahun ini, Malaysia akan meraikan ulang tahun ke-60 sebagai sebuah negara. Mari bersama-sama meraikan keunikan Malaysia dengan menghasilkan seni batu yang mencerminkan warna-warni budaya, masyarakat, flora dan fauna di negara kita yang tercinta ini.


Zentangle

Zentangle adalah satu kaedah yang mudah dipelajari, santai dan menyeronokkan untuk menghasilkan imej-imej yang indah dengan melukis corak yang berstruktur. Kaedah ini memberi tumpuan kepada satu garisan pada satu masa (“one stroke at a time©”). Penghasilan seni Zentangle merupakan cara luar biasa untuk menghasilkan imej yang indah dengan melukis corak yang sama berulang kali. Walaupun terdapat pelbagai langkah tertentu untuk menghasilkan Zentangle, namun hasilnya tetap berdasarkan naluri ekspresi seni daripada garisan dan bentuk yang digabungkan tanpa sedar. Berminat mempelajari Zentangle? Sertailah program Zentangle dan pelajari cara baharu untuk menghasilkan karya seni yang kelihatan rumit tetapi sungguh menarik dan mudah dihasilkan.


Batik Painting

Children will have lots of fun painting, mixing and matching vibrant colours on beautiful Malaysian-themed wax designs. Join us at the Museum to learn how to create a Batik Painting while appreciating an ancient art form of wax resistance fabric dyeing technique.

Keychains for Dad!

A keychain is not just a ring connecting keys, sometimes it is attached to belt loops, bags, scissors, address books, etc. Its function resembles connectivity and togetherness. Just like the many roles of a father who is an integral part of the family unit. Choose and colour 2 different designs of keychains which best describes your love for your Dad. Present it to your Dad as a token of appreciation in conjunction with this Father’s Day celebration.

Sejambak Bunga ‘Kertas’ untuk Ibu

Kertas berwarna selalu digunakan dalam seni kraf bagi menghasilkan seni hias hadiah untuk apa jua keraian/majlis istimewa. Seni lipatan bunga kertas dapat merangsang minda kreatif. Kanak-kanak akan seronok mempelajari seni lipatan yang mudah bagi menghasilkan sejambak bunga ‘kertas’ sebagai ekspresi kecintaan mereka kepada ibu tersayang.

Cetakan Saring (Silk-screen Printing)

Cetakan saring (silk-screening) merupakan sejenis teknik pencetakan yang membolehkan peserta mencetak sesuatu corak, logo atau teks ke atas pelbagai jenis permukaan terpilih. Ianya mudah dipelajari dengan proses yang ringkas tetapi boleh menghasilkan corak kreatif yang berlainan.

Jangan lepaskan peluang ini sekali lagi. Sertai bengkel kami pada bulan Mei ini dan kami akan tunjukkan bagaimana ia dilakukan dengan cara yang mudah.

Pengenalan Penggredan Numismatik

Penggredan wang kertas serta duit syiling merupakan aspek penting dalam pengumpulan numismatik. Ia diibaratkan seperti pengetahuan asas bagi mereka yang ingin menjadi pengumpul numismatik.

Perkongsian ini bertujuan untuk memperkenalkan penggredan dalam numismatik dan kepentingannya kepada para pengumpul dan juga industri. Pelbagai topik berkaitan seperti sejarah dan asal-usul penggredan, jenis skala dalam proses penggredan dan apakah ertinya dalam industri akan dikongsikan selain membantu menerangkan terma yang terdapat dalam industri penggredan numismatik.

Sesi ini akan dikendalikan oleh Gilbert C., seorang ahli numismatik bertauliah, penggred numismatik serta pengumpul tegar mata wang dunia. Beliau juga ahli sepanjang hayat International Banknote Society (IBNS), ahli American Numismatic Association (ANA) dan Society of Paper Money Collector (SMPC, USA). Beliau juga pernah menerbitkan artikelnya di dalam IBNS Journal.

Cetakan Saring (Silk-screen Printing)

Cetakan saring (silk-screening) merupakan sejenis teknik pencetakan yang membolehkan peserta mencetak sesuatu corak, logo atau teks ke atas pelbagai jenis permukaan terpilih. Ianya mudah dipelajari dengan proses yang ringkas tetapi boleh menghasilkan corak kreatif yang berlainan.

Bicara - Kurang itu Lebih Baik

Adakah anda menghabiskan masa, tenaga dan wang berlebihan tanpa menerima manfaat untuk kehidupan anda? Bagaimana kalau anda dapat kurangkan perbelanjaan tetapi terima manfaat yang lebih? Bayangkan anda dapat menjimatkan wang dan pada masa yang sama dapat menyelamatkan persekitaran kita. Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (CETDEM), pertubuhan bukan kerajaan berkaitan alam sekitar akan berkongsi cara-cara kehidupan yang lebih mampan.

Bengkel Pembuatan Kertas

Menghasilkan kertas di rumah dengan cara kitar semula semua jenis kertas-kertas terpakai seperti kertas contengan, buku, majalah, kertas lukisan dan kertas pembalut hadiah akan menjadi suatu aktiviti yang menarik. Daftarkan diri anda untuk mempelajari cara menghasilkan kertas baharu dan juga cara mudah menjaga alam sekitar dalam Bengkel Pembuatan Kertas.

Bicara Seni: Kembara Norma Abbas

Sertai kami dalam bicara seni mengenai kembara Norma Abbas sebagai seorang anak seni. Terokai inspirasi serta hubungan beliau bersama subjek pilihan melalui karya-karya awalnya hingga kini. Pembicara undangan ialah artis terkenal Awang Damit Ahmad dan Profesor Madya Mohd Makzan Musa.

Membuat Kompos Sendiri

Mengompos adalah cara mudah dan semula jadi untuk memperkayakan tanah dengan nutrien (humus). Kompos yang dihasilkan daripada sisa-sisa dari dapur dan halaman rumah seperti daun, ranting-ranting dan kayu kering, mengandungi nutrient (humus) yang menyuburkan dan mengekalkan kelembapan tanah. Bengkel ini akan memperkenalkan ilmu asas mengompos untuk membantu anda memulakan perjalanan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih hijau.

Ceramah Kerjaya – Bank Negara Malaysia

Inginkah anda menjadi sebahagian daripada anggota profesional yang tinggi motivasinya, dinamik dan serba boleh dalam pelbagai bidang? Jangan melepaskan peluang keemasan ini untuk menghadiri ceramah kerjaya dan biasiswa yang ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia. Ketahui bagaimana anda boleh merancang perjalanan kerjaya anda untuk menggalas tanggungjawab dalam usaha menggalakkan system monetari dan kewangan yang stabil serta membentuk sector kewangan yang kukuh dan progresif.

Bengkel Kolaj

Seni kolaj merupakan satu activiti seni yang asas di zaman kanak-kanak dimana pelbagai bahan digabung dan ditampalkan bagi menghasilkan karya seni baharu. Kolaj membantu kanak-kanak menerokai deria penglihatan dan deria sentuhan dengan memperkenalkan bahan-bahan pelbagai tekstur, warna dan bentuk. Menerusi seni kolaj kanak-kanak akan diberi peluang untuk mereka karya seni sendiri dengan teknik cantuman cebisan gambar dengan menggunakan pelbagai jenis bahan harian yang boleh didapati di kawasan sekeliling.

Bengkel Pemegang Lilin – Bengkel Percuma

Jom, kita guna semula bekas tin terpakai! Tin-tin terpakai boleh diubahsuai menjadi pemegang lilin hiasan yang cantik dengan hanya menebuk lubang pada permukaan bekas tin tersebut menggunakan paku dan tukul besi. Lukiskan corak yang diingini di atas tin dan ketuk tin dengan paku atau anda boleh memakukan terus corak pada bekas tin itu. Kemudian gantungkan dengan mengikatkan tali padanya. Apabila lilin dinyalakan, cahaya lilin akan menembusi lubang-lubang kecil serta menghasilkan corak cahaya bertaburan di kawasan sekelilingnya. Pemegang lilin tin ini boleh menjadi pembekal cahaya yang cantik dan ianya salah satu cara yang selamat untuk menyalakan lilin.

Sejarah Perkembangan Numismatik Malaysia – Ceramah Percuma

Tahukah anda tentang asal-usul wang di negara kita? Inilah peluang anda untuk mendengar bual bicara yang akan disampaikan oleh salah seorang pakar numismatik negara mengenai sejarah perkembangan numismatik Malaysia yang telah menjangkau beberapa ratus tahun dahulu. Pelajari mengenai jongkong-jongkong timah terawal yang dijumpai dalam pelbagai saiz dan bentuk, seperti bentuk blok, kon dan haiwan. Sesi ini juga akan menerokai sejarah syiling Zaman Kesultanan Melayu, mata wang zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris termasuklah wang yang dikeluarkan oleh bank swasta di era pra-Perang Dunia II serta semua siri wang kertas yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari dulu hingga kini. Melalui sesi bual bicara yang akan disampaikan dalam Bahasa Melayu, anda berpeluang untuk memahami subjek numismatik dengan lebih mendalam dan menerokai sejarah menarik tentang perkembangan wang kertas di rantau ini.

Bengkel Aksesori

Terdapat banyak koleksi majalah-majalah lama? Dengan sedikit kreativiti, anda boleh menghasilkan aksesori yang menarik dengan menggunakan muka surat majalah yang berwarna-warni itu. Pelajari cara-cara pembuatan manik kertas yang boleh dipakai sebagai bahan perhiasan yang cantik serta cara-cara penggunaan wayar dan kertas untuk menghasilkan peragaan yang bergaya dan menarik.

Lawatan bersama Kurator

Mari ikut serta Kurator Galeri Seni kami dalam lawatan berpandu di sebalik pameran Chang Fee Ming secara percuma dan dengarkan kisah-kisah yang tidak pernah diceritakan dalam proses penyediaan pameran “Terengganu: Selaut Kasih, Sepantai Sayang” ini.

Bengkel Cangkuk Serbaguna (PERCUMA)

Rak Cangkuk Serbaguna ini memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran asas kerja kayu dan memupuk kesedaran kitar semula. Kayu yang digunakan adalah serpihan kayu yang boleh diguna semula. Perkakasan yang digunakan adalah alatan yang tidak mencapai piawai daripada pengusaha atau bahan kitar semula yang didermakan. Pada mulanya, peserta berpeluang untuk mengecatkan kepingan kayu mereka. Selepas itu, perserta perlu membengkokkan alat perkakas dan memakukannya ke atas kayu. Akhir sekali, peserta diberi masa untuk mencantikkan rak cangkuk baharu mereka dengan penanda warna mengikut kreativiti masing-masing.

DIY Mini Garden (Terrarium)

Add a little green to your indoor space with an eye-catching terrarium! Terrariums are not only easy to make, they are great oxygen boosters. If you have an old jar, a plastic container, a fishbowl or any kitchen canister at home, you can create a mini-world full of lush and beautiful plants of your own. In this activity, participants will learn to "up-cycle" old, unwanted items into a miniature indoor garden. Participants are encouraged to bring along their own favourite jars to "up-cycle".

Preservation and Collection of Works on Paper

How long would your works on paper last? How can you tell if your work of art is "not well"? Come and listen to three experts sharing their knowledge on identifying different types of materials (paper, ink, paint, etc.) and the proper method of handling, storing and conserving works on paper. The three panellists are Associate Professor Dr. Mandana Berkeshi (International Islamic University of Malaysia), Encik Mohd Nasser bin Malin (National Archives of Malaysia) and Ms Lisa Stoddart (experienced watercolour Art Conservator). This forum will be moderated by YM Tunku Mariati Tunku Mukhtar.

Chopstick Lamp

A must-have in most Asian restaurants, our disposable chopsticks come in a variety of materials. Chopsticks aren't just eating utensils. With a little bit of creativity, you can turn your used disposable chopsticks into zen-like lamps.

Collect Call: What's the future of Malaysian Art?

A talk by Lucien de Guise, Senior Advisor, Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery. Lucien will explore how collecting has developed in Malaysia. Who is guiding it's future? Are they individuals, institutions or just investors?

Why Paint the Real?

A Conversation with Chang Fee Ming, Dr. Simon Soon & Seng Yu Jin Curators Simon Soon and Seng Yu Jin speak to artist Chang Fee Ming on his realist approach to watercolour painting, referring to works and exhibitions past and current, at home and abroad. The conversation, moderated by Beverly Yong, hopes to explore the artist's research and working process, his relationship with his subjects and broad themes such as traditional life and culture in the contemporary.

Up close and personal with Chang Fee Ming

Listen to the artist's inspirational story of his journey to success.