Festival Kanak - Kanak @ MAG 2018

Merekayasa Minda. Memupuk pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan kanak–kanak, terutamanya dalam topik–topik kewangan, ekonomi, warisan numismatik dan kesenian.

Read More

SENI CETAKAN: SENI SEPANJANG ZAMAN

Pameran yang menampilkan pejuang-pejuang seni cetakan seawal tahun 1930-an sehinggalah kini dan mengetengahkan lebih daripada 150 karya seni cetakan daripada pelbagai teknik daripada kategori cetakan timbul, dalam, saring, datar dan mono.

Read More

Malaysia: 60 Cetera

Pameran ‘Malaysia: 60 Cetera’ diadakan tepat pada masanya, bersempena dengan enam dekad kemerdekaan negara. Bukan hanya satu kronologi tipikal, ‘Malaysia: 60 Cetera’ mempamerkan penekanan tentang pembangunan negara bangsa melalui gabungan rakaman peristiwa penting, artifak-artifak, dokumen-dokumen dan foto-foto bersejarah.

View More

The Unreal Deal

Six decades of Malaysian abstract art and 60 years of Merdeka – they are almost like twins. One is fractionally older than the other, but these are siblings with a lot in common. Abstract art became mainstream in this country more than half a century ago. Like Malaysia, it’s not about rebelliousness or nasty surprises. It rarely shocks public sensibilities or crosses religious red lines. Sometimes it even appears to have been overlooked.

Read More

Hari Kanak-kanak di Muzium 2017 “Malaysiaku Cilik Celik Wang”

Berita baik! Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia meraikan Hari Kanak-Kanak di Muzium dari 17 Oktober hingga 1 Disember 2017. Bertemakan “Malaysiaku Cilik Celik Wang”, terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan ditawarkan kepada kanak-kanak untuk mempelajari tentang pengurusan kewangan yang berhemat serta sejarah Malaysia termasuklah permainan susun suai, bengkel seni dan kraftangan, ceramah kerjaya, permainan interaktif dan banyak lagi.

Jangan lupa hashtag kami di platform media sosial anda dengan #bnmmag #cdatm2017

View More

Bazar Seni 2017

Ia kembali! Muzium dan Galeri Senit Bank Negara Malaysia sekali lagi menganjurkan Bazar Seni 2017!

View More

World Palm Portraits – Pengembaraan yang Menakjubkan

Pameran “World Palm Portraits – Pengembaraan yang Menakjubkan” menjadi penanda aras kerjasama antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Bank Negara Malaysia. Sebagai menyambut ulang tahun kebangsaan yang ke-100 industri minyak sawit di Malaysia, MPOC mengundang penghayat seni untuk menghayati foto-foto yang berkisarkan tanaman sawit ini.

Foto-foto yang dipamerkan dalam pameran ini kebanyakannya telah memenangi pertandingan serta penyertaan terbaik daripada Pertandingan Fotografi “World Palm Potraits” MPOC bagi tahun 2013-2017. Koleksi menarik ini merangkumi foto-foto disebalik industri. Ia merungkai kisah sebenar tentang kecekalan, kegigihan dan harapan melalui raut wajah peladang, pemandangan yang menakjubkan serta hidupan liar sekaligus membuktikan bahawa minyak kelapa sawit telah mengubah kehidupan berjuta-juta penduduk. Ia memberikan masa hadapan manusia sejagat yang lebih baik dan bekalan makanan yang selamat untuk dunia.

Lihat Lagi

Pameran Lestari Alam

Pameran ‘Lestari Alam’ mengetengahkan keajaiban alam semula jadi di Malaysia menerusi karya yang dihasilkan oleh seniman-seniman kontemporari yang terpilih. Ia menampilkan hampir 80 karya seni, kebanyakannya dalam genre realisme. Pameran ini menyaksikan penglibatan mereka secara langsung dalam mengekalkan keseimbangan alam yang kian terancam. Menerusi pemerhatian dan usaha seniman-seniman tanah air ini, ia juga membuktikan Malaysia memiliki alam dan hidupan yang pelbagai.

Lihat Lagi

Pameran Seni Norma Abbas

Memberi tumpuan kepada ikatan perhubungan, Norma Abbas: Kembara Pelangi Menuju Janji ini menggambarkan hubungan seniman yang berwarna-warni dengan keluarga, kawan rapat, alam semula jadi dan juga perjalanan rohaninya. Mempamerkan hampir 70 karya seni, tema ini digabungkan ke dalam karya kolaj yang menarik dengan kiasan yang menyerlah.

Lihat Lagi

Bazar Seni

"Bazar Seni" anjuran Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia menyediakan peluang bagi orang awam melihat dan membeli karya seni dan kraftangan dengan harga yang mampu dibeli terutamanya karya dari Malaysia Timur. Bazar Seni ini juga menawarkan wadah yang lebih luas bagi artis baharu untuk mempamer dan menjual karya seni mereka kepada orang ramai

View More

Hari Kanak-kanak di Muzium

Berita Baik! Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia akan meraikan Hari Kanak-kanak 2016 di Muzium yang bertemakan “Seni Mata Wang” sempena pameran “Karya Kertas: Seni Mata Wang' sepanjang bulan Oktober dan November ini. Pelbagai aktiviti disediakan untuk kanak-kanak bagi meningkatkan celik kewangan serta mempelajari tentang sejarah mata wang dengan mengambil bahagian dalam aktiviti susun suai gambar, bengkel, ceramah, aktiviti amali dan banyak lagi.

Lihat Lagi

Merdeka 59

Tahun ini merupakan tahun ke-59 Malaysia menyambut kemerdekaannya. Semenjak tahun 1957, Malaysia telah melahirkan banyak seniman tanah air yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Lihat Lagi

Karya Kertas : Seni Matawang

Pameran ini menampilkan pembaharuan kepada subjek yang agak lama. Wang kertas telah wujud berabad-abad lamanya dengan reka corak yang unggul serta penambahan ciri-ciri keselamatan. Karya Kertas: Seni Matawang ini mempamerkan kesenian sesuatu yang bersaiz kecil tetapi begitu mengagumkan serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bank-bank untuk menghasilkannya. Ia merupakan peluang untuk memasuki dunia yang kurang terserlah dan lazimnya terlindung dalam dompet.

Lihat Lagi

Terengganu: Selaut Kasih, Sepantai Sayang

Tujuan pameran ini adalah untuk mempamerkan minat Chang Fee Ming terhadap kampung halamannya melalui catan air beliau, lakaran dan lukisan, justeru tajuk Terengganu: Selaut Kasih, Pantai Sayang.

Lihat Lagi

Pameran LATerasi Kewangan

LATerasi Kewangan merupakan koleksi lebih daripada 150 karikatur tersendiri oleh Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, yang dimuatkan dalam 14 siri Buku Wang Saku atau Pocket Money Book. Sejak tahun 1999, sebanyak lima belas juta naskhah Buku Wang Saku telah diedarkan kepada murid-murid sekolah, bertujuan untuk menyemai tabiat mengurus wang secara berhemat sejak dari usia muda lagi.

Lihat Lagi

Art of ASEAN : Our Exhibition

Tahun ini Malaysia mempengerusikan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara, dengan demikian Bank Negara Malaysia mengadakan pameran seni bagi membina hubungan di antara negara-negara ASEAN.

Lihat Lagi

Simfoni Sehati Sejiwa

Sempena tema Hari Merdeka tahun ini, pameran “Simfoni Sehati Sejiwa” memaparkan koleksi seni Bank Negara Malaysia, mencerminkan berbagai-bagai komponen yang menjadikan Malaysia unik.

View More

Benang-benang Kehidupan

Pameran Benang-benang Kehidupan menerokai warisan dan keindahan tekstil di Malaysia melalui media catan dan lukis. Hampir seratus hasil seni yang dipaparkan sehingga 31 Disember 2013.

Lihat Lagi

BERSAMA

BERSAMA merupakan pameran seni moden dan kontemporari yang menerokai hubungan di antara Indonesia dan Malaysia.

Lihat Lagi

Dari Samudera ke Gunungan

'Dari Samudera ke Gunungan' menampilkan karya empat orang seniman yang mana kekaguman mereka dengan alam sekitar sangat luar biasa. Pengkhususan karya mereka adalah berbeza, menggambarkan suasana yang telah membentuk cara hidup manusia.

Lihat Lagi

Titisan Warna

Pameran ‘Titisan Warna’ menampilkan dua teknik seni yang utama di Malaysia: batik dan cat air. Sokongan berterusan Bank Negara Malaysia terhadap kedua-dua jenis lukisan bermula seawal tahun 1960-an sehingga kini.

Lihat Lagi

Seni Halus Fabrik

Ibarat nadi warisan kreatif negara, tekstil telah mendapat martabat yang tinggi di Malaysia. Statusnya menjadi samar apabila dibandingkan dengan karya seni halus apabila berada di dalam ruang yang sama.

Lihat Lagi

Ombak

Ombak berkisar tentang gelombang. Seperti gelombang lain, pameran ini melambangkan pergerakan yang begitu memukau. Pengembaraan mewarnai segalanya dalam kehidupan Yusof Ghani, secara harfiah dan metafora.

Lihat Lagi

Paint & Ink

International Watercolour Exhibition - Pameran karya-karya terkini oleh ahli Persatuan Cat Air Malaysia dan pelukis-pelukis luar negara.
ShoutCryRoom - Oi Nuen Sprunt meneroka ciri-ciri kualiti emotif tinta, guac, kertas dan fabrik dalam mengenang kejadian tsunami di Jepun pada tahun 2011.

Lihat Lagi

Kenali Nusantara: Wang yang Membentuk Rantau Ini

Kenali Nusantara: Wang yang Membentuk Rantau Ini merupakan sebuah pameran berinovatif yang meneroka sejarah Kepulauan Melayu yang menarik menerusi objek-objek berkaitan dengan wang.

Lihat Lagi

Dimanakah Malaysia?

Sempena sambutan ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke-50, pameran ‘Di Manakah Malaysia?’ memperlihatkan perkembangan kaedah pemetaan dua bahagian negara ini yang disatukan pada tahun 1963.

Lihat Lagi

Tanpa Nama 2

Pertandingan dan pameran seni ‘Tanpa Nama 2’ 2013 menyediakan platform pertemuan untuk seni muda dan peminat seni.

View More