Maklumat Galeri

Terokai sejarah awal mata wang dan kembali semula ke zaman ketika objek dalam berbagai-bagai bentuk dan saiz diterima sebagai mata wang. Sertai permainan ‘Perniagaan Barter’, ketahui kisah yang mengagumkan di sebalik setiap syiling, artifak dan khazanah menerusi pameran interaktif. Anda juga boleh saksikan pameran mata wang dunia yang menarik.

Tarikan Utama

  • Denai Duit Syiling
  • Permainan Perniagaan Barter
  • Wang Kertas Dunia